Saturday 11 November 2017

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat SK Labu 2017

Labu, 11 Nov : Unit Ko Kurikulum SK Labu telah mengadakan program  Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat SK Labu 2017 bertempat di Sk Labu pada 10-11 November 2017. Seramai 70 orang peserta yang terdiri dari unit beruniform Pengakap, Pandu Puteri Tunas, TKRS dan PBSM telah mengambil bahagian. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung antaranya pertandingan kawad kaki, pertandingan ikatan dan simpulan, aktiviti berhalangan dan malam kebudayaan. Pasukan unit beruniform TKRS telah muncul juara keseluruhan di dalam perkhemahan kalini. Terima kasih kepada semua yang menjayakan perkhemahan kali ini.

Tuesday 3 October 2017

GOTONG ROYONG DAN CERAMAH MOTIVASI BERSAMA SYAMSUL DEBAT

Labu, 12 Ogos 2017 : Pada sabtu yang lepas telah berlangsung program gorong royong perdana dan ceramah motivasi oleh penceramah terkenal Saudara Samsul Debat. Program ini denga kerjasama Majlis Perbandaran Nilai dengan kerjasama Sime Darby ini telah dihadiri oleh ibu bapa, murid dan masyarakat sekitar Labu.




Monday 9 May 2016

PROGRAM LONJAKAN MINDA UPSR 2016

PROGRAM LONJAKAN MINDA UPSR 2016


Program ini telah ditaja oleh Yayasan Pelajaran Mara. Dua buah sekolah telah mendapat peruntukan daripada Yayasan Pelajaran Mara. Sekolah Kebangsaan Labu dan Sekolah Kebangsaan Dato' Ahmad Manaf telah dipilih oleh Yayasan Pelajaran Mara untuk membantu pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR 2016 kali ini. Majlis perasmianini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Abdul Karim bin Mustafa.


Friday 29 April 2016

Sayonara Guru Praktikum dari IPG Teknik dan IPG KRM

29 April 2016 -Guru Praktikum dari IPG KRM dan IPG Teknik Nilai akan menamatkan latihan mereka hari ini. Tahniah kepada guru-guru pelatih ini yang telah menabur bakti kepada murid-murid SK Labu. Tahniah! Jasa anda tetap dikenang.



Thursday 14 January 2016

Friday 8 January 2016

UCAPAN TAHUN BAHARU 2016 OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN

Tahun 2015 bakal melabuh tirai. Lima bulan pertama saya menerajui KPM; memahami Dasar dan Polisi, mengenali serta menjalin hubungan positif dengan pihak pengurusan dan pentadbiran dan menyusuri setiap isu-isu utama pendidikan. Beberapa langkah proaktif telah dibuat sebagai langkah pertama untuk perlaksanaan menyeluruh.

Tahun 2016 bagi saya adalah tahun permulaan untuk memperkasakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, khususnya bagi mengerakkan anjakan Gelombang ke-2 PPPM 2016-2020 (G2 PPPM 2016-2020).

Dalam konteks G2 PPPM tersebut, di antara fokus utamanya ialah menjurus kepada peningkatan profesionalisme pendidik dengan mengambil kira pandangan daripada guru-guru sendiri, meningkatkan akses pendidikan serta inklusif kepada semua kumpulan dan peningkatan kecekapan pengurusan serta pentadbiran di semua peringkat. Objektifnya ialah sudah pasti bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. 

Saya akui banyak cabaran yang akan kita hadapi terutama yang melibatkan kepentingan golongan pendidik itu sendiri yang menjadi pemangkin utama. Justeru, beberapa langkah awal yang telah diambil sebelum ini dalam menangani isu “Duka Lara”, kepelbagaian tugas/tanggungjawab guru, prasarana sekolah, keselesaan dan keselamatan pelajar akan tetap diberi perhatian berterusan untuk penambahbaikan.

Setiap cabaran mempunyai tahap penyelesaian yang berbeza dan mengambil tempoh masa tertentu untuk diselesaikan. Oleh itu, saya berharap agar semua pihak tetap bertindak professional dan tidak menjadikan cabaran itu sebagai halangan.

Semoga dengan bermulanya sesi persekolahan 2016 ini, kita tetap bersama-sama berusaha memperbaiki kelemahan dan menambahbaik kekurangan yang timbul. Selamat Tahun Baharu 2016!

Sumber: Laman Web Rasmi KPM.
http://www.moe.gov.my/my/banner?id=610