GURU BERTUGAS MINGGUAN

SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 2016

 Garis Panduan Guru Bertugas Mingguan
Oleh: Pn.Rashidah Binti Abd.Raoff (GPK HEM)

1        Kawasan / Tugasan bagi Guru Bertugas Mingguan adalah seperti berikut :
1.1    Perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian
1.2    Laporan Mingguan
1.3    Laporan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
1.4    Kantin
1.5    Pintu Utama
1.6    Pintu Belakang

2.       Panduan Am
2.1    Datang awal ke sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum persekolahan bermula dan 20 minit selepas sesi persekolahan berakhir.
2.2    Melaksanakan tugas mingguan yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi.
2.3    Memastikan bilik darjah dibersihkan, sampah-sarap dibuang, lampu  dan kipas ditutup jika tidak digunakan / tiada murid di dalam kelas.
2.4    Mengawasi disiplin murid sepanjang minggu bertugas di luar waktu pembelajaran seperti semasa rehat, waktu loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah, tandas dan mengambil tindakan segera / munasabah jika perlu.
2.5    Memastikan tiada murid yang merayau di sekitar sekolah semasa waktu pembelajaran dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

3.       Perincian bidang tugas :
3.1    Perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian
3.1.1           Mengendalikan perhimpunan rasmi (Isnin) dan perhimpunan harian pada minggu berkenaan.
3.1.2           Membuat laporan di perhimpunan.
3.1.3           Memastikan murid menepati masa dan  beratur dan kemas di tapak perhimpunan.
3.1.4           Memastikan perhimpunan berjalan lancar dan tidak mengganggu waktu pembelajaran.
3.2    Laporan Mingguan
3.2.1           Mencatat laporan harian di dalam Buku Laporan Mingguan
3.2.2           Memastikan aspek dalam laporan mingguan dipantau dengan baik dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
3.2.3           Memastikan murid mematuhi disiplin dan peraturan sekolah sepanjang minggu bertugas.
3.3    Laporan Kebersihan dan Keceriaan Bilik Darjah
3.3.1           Memberi markah Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas di dalam Buku Kebersihan dan Keceriaan Kelas stiap minggu.
3.3.2           Memastikan bilik-bilik darjah dalam keadaan bersih dan ceria.
3.4    Kantin
3.4.1           Berada di kantin 5 minit sebelum waktu rehat.
3.4.2           Memastikan murid beratur dengan tertib semasa membeli makanan.
3.4.3           Memastikan murid meletakkan pinggan, cawan, sudu dan garfu di tempat yang telah disediakan.
3.4.4           Memastikan tiada murid membeli makanan seelum dan selepas waktu rehat.

3.5        Pintu Utama
3.5,1 Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah
3.5.2 Memastikan ada pengawas sekolah bertugas

3.6        Pintu Belakang
3.6.1           Memastikan pintu dibuka
3.6.2           Memastikan pintu ditutup

No comments:

Post a Comment