PROFIL SEKOLAH


LENCANA SEKOLAH

Buku
² melambangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan
Obor
² melambangkan semangat yang perlu ada dalam diri untuk mencapai cita-cita.
Bersukan
²  melambangkan kejayaan dalam sukan penting seiring dengan matlamat sekolah

Warna
Kuning
Merah dan
Biru,


²  Kuning
      Melambangkan keutuhan      hubungan   
antara guru,murid, staf sokongan
dan masyarakat  setempat dalam usaha
memajukan sekolah

²  Merah
      Berani menghadapi segala cabaran
dalam  dunia pendidikan

²  Biru 
      Lambang Perpaduan dan kasih sayang


E. SEJARAH SEKOLAH 

Pada 6 Januari 1957 sebuah bangunan kecil di Kampung Labu, Batu 10 berhampiran dengan landasan keretapi Kuala Lumpur-Seremban telah dijadikan sebuah sekolah. Sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH MELAYU LABU. Seramai 20 orang murid telah didaftarkan sebagai murid pertama belajar di sekolah kecil dan serba kekurangan ini. En Alwi bin Sariban telah menjadi Guru Besar yang pertama di sekolah ini. Beliau dibantu oleh En Abdul Razak bin Abu dan Puan Rafeah bt Haji Yusof.

Dengan adanya sekolah ini, dapatlah anak-anak dari persekitaran Labu ini belajar dan menerima pendidikan formal. Perkembangan sekolah ini amat menggalakkan dengan pertambahan murid tahun demi tahun. Pada peringkat awalnya setakat darjah 3, akhirnya bertambah hingga darjah enam.

Atas kerjasama dan permuafakatan pengurus sekolah pada waktu itu, penduduk kampung dan YB Encik Ahmad Bin Manap (Wakil Rakyat Labu ketika itu) serta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, maka terbinalah sebuah bangunan baru 2 tingkat di atas sebidang tanah yang luasnya  5 ekar, kira-kira 700 meter dari tapak lama. Bangunan baru ini diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN LABU. Sekolah ini telah dirasmikan pada 15 Julai 1976 oleh YAB Dato' Rais Bin Yatim, Menteri Besar Negeri Sembilan.


Memandangkan jumlah pelajar yang semakin meningkat, pada tahun 1989 atas konsep gotong-royong, sebuah bangunan yang mengandungi empat bilik darjah berjaya dibina. Pada Tahun 1992, sebuah kelas prasekolah dibuka. Pada tahun 1999, sebuah lagi bangunan yang mengandungi 2 bilik darjah dan 1 stor sukan telah dibina dan tahun seterusnya sebuah lagi bangunan baru yang mengandungi 3 bilik darjah siap dibina. Secara ringkasnya sehingga tahun 2002 sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan termasuk sebuah bangunan prasekolah yang mengandungi 2 buah bilik darjah prasekolah. Pada tahun 2003, sebuah lagi kelas prasekolah dibuka menjadikannya 2 buah dan sebuah makmal komputer siap dibina pada penghujung tahun 2003. Pada tahun 2007, sebahagian atap bangunan sekolah telah digantikan baru bagi menaiktaraf prasarana sekolah. Pada penghujung tahun 2015, sebuah bilik makan guru dibina di kantin bagi melengkapkan kemudahan yang tiada. 


Semoga pada tahun-tahun akan datang, lebih banyak peruntukan dapat disalurkan ke sekolah ini memandangkan banyak lagi kemudahan bilik-bilik khas yang tiada di sekolah ini agar murid-murid kawasan luar bandar juga dapat merasai keselesaan sebagaimana rakan-rakan mereka yang bersekolah di kawasan bandar.


E. SENARAI GURU BESAR (1976 HINGGA KINI):

  • 1976 - 1978 - En Abu Bakar bin Haji Yahya (PJK)
  • 1978 - 1981 - En Ahmad b Salleh
  • 1981 - 1987 - En Abd Rahman b Jantan
  • 1987 - 1996 - En Mohd Yusof bin Senara
  • 1997 - 1999- En Ramli bin Haji Abd Latip
  • 1999- 2003 - Pn Hjh Maimunah bt Haji Mahmud
  • 2003-2004 - En Azahar bin Jamaluddin
  • 2004 - Tuan Hj Osman bin Abdullah
  • 2004 - 2008 - Tn Hj Abd Ghani b Abd Rahman
  • 2008 - 2013 -Encik Azhar Bin Ayop
  • 2013 hingga Jun 2015- Tuan Haji Isahak Bin Manap
  • Jun 2015- hingga Nov 2015 - Encik Khaimin Bin Sapari (GPK 1 Memangku jawatan Guru Besar)
  • Nov 2015- Disember 2016 - En.Husainizam Bin Sulaiman
  • Mac 2017-hingga kini - Pn.Salmiah Binti Mohd Isa








No comments:

Post a Comment